Sunday, July 25, 2010

.....Waktu-waktu berzikir....(^_^)v


Waktu paling baik untuk melakukan zikir mutlak ( zikir yg tidak ditetapkan waktunya) adalah setelah s0lat subuh sehingga matahari terbit dan setelah solat asar hingga matahari terbenam. Allah berfirman yg bermaksud :

( Ar-Rum : 17 – 18 )

Rasulullah berzikir kpd Rabbnya hingga matahari terbit. Dalam sebuah hadith diriwayatkan : ” Barangsiapa yg mendirikan solat subuh lalu ia duduk di tempanya solat utk berzikir kpd Allah hingga matahari terbit, lalu ia solat dua rakaat maka ia akan memperolehi pahala seperti pahala melakukan ibadah haji dan umrah dgn sempurna.”

Ulama mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah duduk di tempatnya solat utk berziki kps Allah hingga datangnya siang, lalu dia berkata : ” Inilah makananku dan jika aku tidak memakannya maka kekuatanku akan gugur.”

Inilah waktu yg paling baik untuk berzikir, iaitu mulai setelah solat subuh hingga matahari terbit. Itu adalah waktu hati terbuka, bunga-bunga mekar, burung-burung berkicauan, keberkatan turun dari Allah dan waktu turunnya rezeki dan hidayah dari Allah. Maka endaklah engkau termasuk orang yang banyak berzikir di waktu itu. Demikian juga waktu setelah solat Asar hingga matahari terbenam, atau beberapa saat setelah matahari terbenam.

No comments:

Post a Comment